TERIMA KASIH kpd ICT kerana telah membuat tugas dengan "cepat" dan "pantas"
Blog owner
My Blog List
Friday, February 20, 2009
alahai internet
TERIMA KASIH kpd ICT kerana telah membuat tugas dengan "cepat" dan "pantas"
Wednesday, January 21, 2009
Gout ke goat??!!

Baru2 ni aku ikut member2 aku pegi vacation kat bukit merah...
On da way nk balik tuh, dak2 ni plan nak singgah ngurut kat Kulim..
Mengikut cerita mereka2 yg pernah berurut kat Tok Wan nie..(Tok Wan nie name pakcik yang terror urut tu).., die mmg expert dalam mengenal pasti penyakit2 korang dengan hanya mengurut di bahagian kaki..
Aku mulenye mmg x plan nak urut...takut senanye..hehe..tp melihat rakan2 yg lain selambe, aku pon try la..
Aku mmg da tau da aku ni byk penyakit..yelah..x jage makan mmg la cari penyakit namenye..hehe
Mule2 aku dgr la Tok Wan komen sal member2 aku nih...ade yg sakit pinggang la..sakit mate la..migrain la..angin dalam daging la..mcm2 lah...kesian aku ngk mbr2 aku nih..mude2 lg da sakit mcm2..da tua nti x tau la nak cakap cane..haha
Skali sampai la time aku untuk diurut oleh Tok Wan..
Mule2 die picit tang tumit aku..bleh tahan lg la..x ngeliat lg..
Pastu die picit kat jari-jari kaki...time tu aku rase jari2 kaki aku mcm kene kepit dgn playar..sakit yg amat..kepale aku da melilau tgk sekeliling tahan sakit..
Lepas tu aku tnye la Tok Wan ape sebenonye sakit aku nih..
Die pun bgtau...
" kene jage makan sikit nooo...gout coming soon.."
Hati aku pun terdetik...Gout!!!
Parah ni...time tu la terbayang segale macam makanan yg aku belasah slame nie..
Sedap mmg sedap..tp nah..amek kau..gout!!
Bg sape yg x tau ape itu penyakit gout, meh aku cite sikit...
Gout ni penyakit yang disebabkan oleh urik asid yang berlebihan dalam darah..
Urik asid ni akan berkumpul di bahagian sendi-sendi anda dan membentuk hablur2 kristal..
Pembentukan kristal ni la yang buat sendi-sendi tu sakit giler sampai boleh buat sendi korang bengkak..ish2..takutnye aku..
Sape-sape yg nak tawu lebih lanjut, sila visit http://en.wikipedia.org/wiki/Gout
Dari hari ini, aku nak berpesan kat diri aku & kawan-kawan aku yang mane makan x ingat dunia tu..makan kene jage beb..sekarang kite x nampak kesan die..tp esok-esok..sape tawu..
So, same-same la kite menjage pemakanan orait?
p/s: Jagalah pemakanan untuk kebaikan diri anda pada masa hadapan
Friday, January 9, 2009
AWARD...

(Award ape nih men..
leh dapat duit ke award nih...haha)..
1. copy badge '2008 Cute's Blogger Award' utk d ltkkn d blog anda...
2.Ceritakan siapa yang memberi Tag ini ..
- nama beliau adalah emir faez bin arsad
- beliau nih pernah mengatakan kat aku muke beliau iras2 Tom Cruise..
- dikenali sbg mat dadah oleh kerana keadaan fizikalnya yg kurus n serabai..tp beliau bukanlah seperti yg digambarkan..beliau baek orangnye..(ko jgn kempas kempiskan idung ko emir...haha)
- nak tawu lebih lanjut pasal beliau nih..sila lah ke blog beliau di alamat..http://jalaks.blogspot.com/...byk cite yg korang leh tawu sal die nih..
3. setiap blogger mest mnyatakan 10 fakta / hobi diri sdr sblm mmilih penerima award seterusnya (anda tlh d tag!!!!)
- aku org sarawak
- hobi aku men gitar..tp xpower pun...ceh..
- aku pernah dapat tawaran masuk MCKK tp aku tolak..ala..bukan best pun masuk MCKK..sumer laki..(dak MCKK jgn mara aaa..gurau jek..hehe)
- ske bace buku yg "berfaedah"..cth: apo..ujang..kreko..
- aku x pernah masuk disco
- sudah menjejakkan kaki ke great wall of china..sejuk ooo
- pernah digigit anjing time darjah 5..on da way nk g kelas fardhu ain..isk2
- pernah terjun dari tingkat satu mase aku duduk flat dulu..
- aku sgt sukakan kucing..
- pernah masuk IJN time kecik2 dlu...(IJN tu institut jantung negara)
4. anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya & mnyatakan nama mereka d blog anda..
aiseh...aku baru menapak kat dunia blog nie..celah mane pulak aku nak bagi 10 insan yg bakal menerima award nih..xpat sploh, 2 pun jadi la...
- Dani
- Gadisku
Sunday, January 4, 2009
Man Keedal
Nama : Rahman Mahmud
Umur : 44 tahun
Tarikh lahir : 2 Mac 1964
Tempat lahir : Johor Bahru
Nama isteri : Norlaila Yusof
Anak: Mohd Sheffle Rahman (25 tahun), Suraini (24 tahun), Nur Syahira Rahman (12 tahun)
Cucu: Mohd Daniel (tujuh tahun) dan Siti Nurelisha (10 bulan)
Info :
RAHMAN Mahmud atau masyhur di kalangan pemujanya sebagai Man Keedal tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya layak diangkat sebagai ikon pemain gitar atau shredder ternama negara. Legasi yang diciptanya sepanjang mencurahkan kreativiti dalam dunia rock tempatan lebih separuh daripada usianya memberi impak bermakna kepada industri muzik.
Kejayaan nama besar dalam persada rock tanah air seperti M Nasir, Ella, Ramli Sarip, Amy Search dan Lefthanded bagai tidak boleh dipisahkan tanpa dikaitkan sekali personaliti unik ini - Man Keedal.
Kredibiliti dan aura lagenda Man Keedal membuatkan XY - Ikon Lelaki terpanggil menyelami kehidupan peribadi empunya diri, mencungkil ‘rahsia’ sentuhan ajaib tangan kidal serta berkongsi obsesi pemuzik ini terhadap gitar.
Imej rocker yang menjadi identiti rock mania Man Keedal nyata bertentangan dengan karektor peribadinya. Berjiwa lembut, penyayang dan cukup tenang - begitulah yang dapat dilihat selepas menelek karektor personaliti ini. Lebih menyerlah, imejnya yang cukup sederhana membuatkan interaksi menjadi mesra dan serasi.
Karektor bersahaja pemuzik hebat ini memudahkan sesi fotografi petang itu. Malah, Man Keedal cukup sporting menggayakan pelbagai pose ekstrem. Lihat saja aksinya melompat dalam foto muka depan sisipan ini. Tanpa banyak kerenah, Man Keedal memberi banyak pose menarik.
Paling istimewa, ketika hadir pada sesi fotografi eksklusif di Studio Berita Harian di Bangsar, Selasa lalu, Man Keedal tidak keseorangan. Ditemani isterinya, Norlaila Yusof dan anak bongsu kesayangan, Nur Syahira, pemuzik terkenal itu turut membawa gitar kesayangan yang sudah banyak berjasa sejak 30 tahun lalu.
Sambil mengakui hidupnya sepi tanpa gitar, Man Keedal tanpa berselindung berkongsi kisah ketaksubannya terhadap gitar. Pada suatu ketika, Man Keedal memiliki koleksi 18 gitar namun kini tinggal lapan gitar yang disimpan di rumah keluarga di Johor Bahru.
Man Keedal bercerita, dirinya bertuah kerana ahli keluarganya berkecimpung dalam bidang seni membolehkannya menguasai pelbagai instrumen muzik. Membesar dalam persekitaran muzik, Man Keedal bukan saja boleh bermain gitar malah dram dan keyboard.
“Inilah gitar kesayangan yang dibeli pada 1978 di Singapura. Pada masa itu, harganya sekitar S$2,000 (RM4,600). Gitar ini sudah dikira mahal untuk remaja berusia 17 tahun iaitu umur saya ketika itu.
“Sekarang, gitar ini boleh mencecah S$16,000 (RM36,800),” katanya sambil memberi kesempatan kepada penulis membelek gitar eksklusif yang dicipta khusus untuk pemain kidal jenama Fender Stratocaster itu.
“Saya dan gitar bagai menjalin suatu hubungan. Saya umpama berbual dengan gitar dan tidak boleh hidup tanpa gitar,” jujur bicara Man Keedal.
Man Keedal berkata, gitar menjadi teman kala kesunyian sejak usia remaja lagi.
“Jika saya rasa bosan, gitarlah menjadi teman, sumber insiprasi dan kekuatan. Saya hiburkan hati dengan gitar kesayangan. Bagi saya, gitar adalah darah daging saya sendiri,” katanya.
Paling menakjubkan, Man Keedal tidak pernah mendapat latihan formal dalam bidang muzik terutama bermain gitar.
“Pernah suatu ketika, bapa mengupah seorang guru muzik mengajar di rumah selama setahun. Namun, sebenarnya saya bermain gitar mengikut firasat hati... Minat dan kebolehan ini seolah-olah datang sendiri.
“Mendengar muzik saja, saya boleh mengagak dan menghasilkan irama sendiri dengan mengetip tali gitar,” katanya yang seolah-olah mempunyai kuasa ajaib setiap kali memegang gitar.
Cerita Man Keedal, pemuzik zaman dulu hanya bergantung kepada perkakasan seperti alat perakam mudah yang bukanlah tinggi tahap teknologinya.
“Kitalah sendiri yang mencari not lagu sehingga mampu menguasai sesuatu lagu tanpa perlu mengikuti kelas muzik secara formal,” katanya.
Man Keedal berkata, ketika usia mudanya, beliau sanggup menghabiskan masa hingga 16 jam sehari bersama gitar.
“Saya tidak pernah bosan dengan gitar. Tetapi sekarang disebabkan kesibukan lain terutama membabitkan keluarga, saya hanya boleh memperuntukkan empat jam setiap hari untuk bersama gitar,” katanya.
Menceritakan detik awal pembabitannya dalam bidang seni, Man Keedal berkongsi rahsia bahawa gitar sebenarnya bukanlah ‘mainan’ awalnya. Man Keedal terlebih dulu berjinak-jinak dengan dram pada usia sembilan tahun. Hanya pada usia 12 tahun, minatnya terhadap gitar mula berputik.
Katanya, pengalaman mengikuti ahli keluarga mengadakan persembahan di sekitar majlis perkahwinan, kenduri dan kelab hiburan di Johor Bahru bagaikan latihan amali sebelum beliau memulakan karier muzik bersama band tersohor, Search pada awal 1980-an.
“Bersama kumpulan Search kami sempat bekerjasama menghasilkan sebuah album iaitu Cinta Buatan Malaysia pada 1982 sebelum saya mempelopori kumpulan rock, Lefthanded, setahun kemudian.
“Kini, saya banyak mengadakan persembahan secara solo serta menerima undangan untuk persembahan gitar,” katanya yang tidak pernah sunyi daripada menjayakan persembahan di seluruh negara.
Menceritakan perkembangan terkininya, guitarist terkenal itu penuh bersemangat menceritakan inisiatif menganjurkan program Jelajah Klinik Gitar secara solo di Johor bulan ini.
Bengkel kemahiran bermain gitar itu akan menjelajah bandar besar seperti Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing, Muar dan Desaru bagi membolehkan Man Keedal mendekati kelompok peminatnya, sekali gus memberi pendedahan terbaik mendalami instrumen berkenaan.
Man Keedal berkata, beliau mahu memperluaskan program Jelajah Klinik Gitar di seluruh negara bagi mencungkil potensi bakat muda dalam bidang muzik. Beliau juga kagum terhadap pemain gitar muda seperti Rudy dari kumpulan Kristal serta anaknya sendiri, Mohd Sheffle yang dirasakan mewarisi bakatnya.
Mengulas mengenai album terbarunya, Rockestra yang memuatkan single Sentuhan Keedal dan Seruan termasuk dalam format minus one, Man Keedal mengakui album yang dirakamkan bersama orkestra itu adalah simbol kepuasan muzik yang dicetusnya. Pada harga RM15, album dalam bentuk cakera padat (CD) itu dijualnya sendiri.
Puas bertanya soal perjalanan keriernya, Man Keedal menceritakan nasib industri hiburan tanah air. Sambil melahirkan rasa kesal kerana industri muzik tempatan masih di takuk lama, beliau hairan mengapa tiada artis Malaysia berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
“Kalau hendak diikutkan irama muzik kita sangat berdaya saing dan seharusnya diterima ramai. Soal bahasa tidak harus dibangkitkan kerana pencinta muzik menerimanya dengan baik.
“Dulu saya berharap yang kejayaan Anita Sarawak di Amerika Syarikat (AS) setidak-tidaknya membuka mata banyak pihak untuk melihat artis tempatan.
“Malah, Siti Nurhaliza yang mengadakan konsert di London juga seolah-olah tidak memberi kesan,” katanya seakan terkilan kerana tiada pihak berusaha mengedarkan album artis tempatan di pasaran antarabangsa.
Masa terasa pantas berlalu walaupun lebih dua jam berbicara. Satu demi satu isu dikupas Man Keedal penuh bermakna, matang dan kritis sesuai tarafnya sebagai sifu muzik.
Dalam renungan terakhir, hati berbisik Man Keedal akan terus rock!
Saturday, January 3, 2009
~selamat tahun baru~
smoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezekii..ehh..ape da..bunyi mcam wish hepy besday plak..hehe
smoga tahun ni lebih baik dari tahun2 yg sudah utk kita..
masuk je tahun baru..msti sll dgr "azam aku tahun nie..."
korang pun msti ade azam gak kan..tak pun..korang msti ade target korang yg korang nk capai tahun nie..
aku doakan korang sumer dpt capai ape yg korang azamkan..azam yg baik2 je la..haha
aku harap tahun ni lbih bgus dr tahun lepas..(walaupun 2009 ekonomi gawat..adeii)
kepada mbr2 aku yg final sem ni..all da best..
jgn jd kambing hitam mcm aku sem lepas..panas betol..
xpe..kite bukak buku baru..
buku lame buat pedoman..chewahh..cakap pandai jek aku nie..he
ok lah...
salam tahun baru buat sumer
~wslm~
First PoSt
.jpg)
ape ek aku nak tulis utk first post aku nih...poning gak..errmmm..okeh...sebab2 aku wat blog ni :
- sbb aku boring
- xde keje
- sbb sll bace blog org..nk jgak blog sendiri
- share ape2 info yg bgus..
- dan lain-lain...xde idea dah..
~wslm~